Pada zaman dahulu ada seorang yang
bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia
melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah,
belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain
kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba
wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu
hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan
luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu
Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita
itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih
kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain
dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan,
tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku,
sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh
adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa
ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di
sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga
mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku,
tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya
periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit
badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal
di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini
aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu
Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua
musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada
seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia
menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan
memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun
mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah
cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran
sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku
beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana
itu Rasulullh saw bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:"
Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari
ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu
juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.
Kerana itu Rasulullh saw bersabda,:" Tiga macam daripada tanda
kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan
orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya
bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga
kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan