Sabtu, 6 Ogos 2011

SOLAT JENAZAH


Fardu Kifayah yang Ketiga

Fardu kifayah yang ketiga wajib dilakukan ke atas mayat orang Islam ialah sembahyang iaitu setelah selesai kapan, mayat diletakkan di tempat yang suci atau di dalam usungan. Jika mayat lelaki kepalanya di sebelah kiri orang yang hendak sembahyang ke atasnya, dan kakinya di sebelah kanan mereka tersebut. 
Dan jika mayat perempuan adalah sebaliknya dan diletak terlentang melintang kiblat di sebelah hadapan. Orang hendak sembahyang ke atasnya dan ditudung dengan kain yang bersih. 

Rukun Sembahyang Mayat

Rukun sembahyang mayat tujuh perkara :
Niat sembahyang ke atas mayat.
Takbir Allahuakbar empat kali.
Berdiri betul bagi orang yang berkuasa.
Membaca Al-Fatihah selepas Takbiratul Ihram.
Berselawat ke atas Nabi SAW selepas takbir kali yang kedua.
Doa bagi si mati selepas takbir yang ketiga.
Memberi salam “Assalamualaikum warahmatullah” selepas takbir yang keempat.

 Cara-cara sembahyang ke atas mayat

Mula-mula berdiri betul dan bertakbiratul Ihram “Allahuakbar” disertakan dengan niat iaitu jika mayat orang lelaki :
  • أُصَلِّي عَلَى هَذَا الْمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ ِللهِ تَعَالَى
Ertinya : Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat lelaki empat takbir kerana Allah Taala. 

Jika mayat perempuan dewasa lafaz niatnya :

  • أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ الْمَيِّتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ ِللهِ تَعَالَى
Ertinya : Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat perempuan empat takbir kerana Allah Taala.

Dan lafaz niat bagi mayat kanak-kanak lelaki :
  • أُصَلِّي عَلَى هَذَا الْمَيِّتِ الطِّفْلِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ ِللهِ تَعَالَى
Ertinya : Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat kanak-kanak lelaki empat takbir kerana Allah Taala. 

Dan jika mayat kanak-kanak perempuan lafaz niatnya :
  • أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ الْطِّفْلَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ ِللهِ تَعَالَى
Ertinya : Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat kanak-kanak perempuan empat takbir kerana Allah Taala. 

Dan lafaz niat bagi sembahyang mayat yang ghaib :
  • أُصَلِّي عَلَى مَيِّتِ فُلاَنٍ بْنِ فُلاَنٍ الْغَائِبِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ ِللهِ تَعَالَى
Ertinya : Sengaja aku sembahyang mayat si anu anak si anu yang ghaib empat takbir kerana Allah Taala.

Jika mayat ghaib itu perempuan :
  • أُصَلِّي عَلَى مَيِّتَةِ فُلاَنَةٍ بْنِت فُلاَنٍ الْغَائِبَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ ِللهِ تَعَالَى
Ertinya : Sengaja aku sembahyang mayat si anu anak perempuan si anu yang ghaib empat takbir kerana Allah Taala. 

Semua lafaz ini bagi sembahyang berseorangan, jika berimam sebut jadi imam atau mengikut imam mana yang berkenaan.
(اِمَامًا ِللهِ تَعَالَى)

Atau

(مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى)

Jika mayat yang hadir itu ramai, lafaz niatnya :
  • أُصَلِّي عَلَى هَؤُلاَءِ الأَمْوَاِتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ ِللهِ تَعَالَى
Ertinya : Sengaja aku sembahyang di atas semua mayat ini empat takbir kerana Allah taala. 

Jika seorang diri tetapi jika berimam sama seperti lafaz di atas tadi menyebut imam atau mengikut imam. 
Selepas takbiratul Ihram baca surah Al-Fatihah dari awal hingga akhirnya, setelah habis Fatihah takbir kali yang kedua “Allahuakbar” 
Selepas takbir ini berselawat ke atas Nabi SAW iaitu seperti :
  • اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Dan sunat ditambah
  • كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْم وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ , وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ .

Kemudian takbir kali yang ketiga, selepas takbir ini baca dengan doa bagi mayat seperti:
  • اللّهُمّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ. وَاعْفُ عَنْهُ.

Dan sunat menambah
  • وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ. وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ. وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثّلْجِ وَالْبَرَدِ, وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ. وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ. وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجَاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ. وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .
Ertinya : Ya Allah ampunilah baginya dan muliakanlah tempatnya dan lapangkanlah tempat masuknya (di dalam kubur) dan mandikanlah dia dengan air salji dan air dingin (embun) dan bersihkanlah dia daripada kesalahan (dosa) seperti dibersihkan kain putih daripada kekotoran dan gantikanlah tempat yang lebih baik daripada tempat tinggalnya dan ahli (keluarga) yang lebih baik daripada ahlinya dan sahabat yang lebih baik daripada sahabatnya dan masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungkan dia daripada seksa kubur dan seksa neraka. 

Ini lafaz doa bagi mayat lelaki jika perempuan semua ha’ dhomir ditukar kepada haa seperti :
  • اللّهُمّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا. وَاعْفُ عَنْهَا
Dan seterusnya kecuali :
  • وَفِتْنَتِهِ
Dikekalkan hi berbaris di bawah iaitu :
  • وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
Dan jika mayat kanak-kanak lelaki doanya :
اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا ِلأَبَوَيْهِ , وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَةً وَاعْتِبَارًا وَشَفِيْعًا وَثَقِّلْ بِهِ مَوَازِيْنَهُمَا , وَأَفْرِغِ الصَبْرَ عَلَى قُلُوْبِهِمَا وَلاَ تَفْتَنْهُمَا بَعْدَهُ , وَلاَ تَحْرِمْهُمَا أَجْرَه 
Dan doa bagi mayat kanak-kanak perempuan : 
اَللَّهُمَّ اجْعَلْهَا فَرَطًا ِلأَبَوَيْهَا , وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَةً وَاعْتِبَارًا وَشَفِيْعًا وَثَقِّلْ بِهَا مَوَازِيْنَهُمَا , وَأَفْرِغِ الصَبْرَ عَلَى قُلُوْبِهِمَا وَلاَ تَفْتَنْهُمَا بَعْدَهَا , وَلاَ تَحْرِمْهُمَا أَجْرَهَا 
Selepas itu takbir “Allahuakbar” kali yang keempat kemudia membaca doa :
اَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْ لَنَا وَِلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلاًّ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Doa ini kepada mayat lelaki dan jika mayat perempuan dhomir berbaris hadapan di ganti dengan haa seperti : 
اَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهَا
Dan seterusnya.
Ertinya : Ya Allah, janganlah Engkau tahankan kami ganjaran pahalanya dan janganlah Engkau fitnahkan kami selepas kematiannya, ampunilah kami dan juga dia yang telah mati dan ampunilah saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan beriman dan jangan Engkau jadikan di dalam hati kami kebencian / kecemburuan terhadap orang-orang yang beriman sesungguhnya Engkau Maha Lemah-lembut lagi Pengasih dan Penyayang.
Doa ini sunat jua tidak rukun.
Kemudian memberi salam “Assalamualaikum warahmatullah” seperti lain-lain sembahyang jua iaitu disudahi dengan memberi salam.

Sila tonton panduan solat jenazah secara video di http://www.youtube.com/watch?v=_hPSprnRY74

APA AKAN JADI PADA AKAUN FACEBOOK KITE SELEPAS MATI....


 Mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access..   dan   selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?

 Lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat..   macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana?   mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya   tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

 Cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat   tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~   jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..

Moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~   renung-renungkan da selamat beramal :)  

P/s: Sebar-sebarkan. Semoga Bermanfaat.
Sumber : layar minda

Cara Mengetahui Seorang Perempuan Masih Dara atau Tidak





Pasangan hidup adalah salah satu hal yang amat menentukan terbinanya kehidupan sakinah wa rahmah didalam keluarga. tentunya selain ketaqwaan, nasab (garis keturunan) dan memiliki sedikit harta, kecantikan serta kesucian seorang gadis sangat dianjurkan dan menentukan dalam memilih pasangan. berikut ada sedikit tips untuk mengetahui seorang gadis yang masih suci. semoga dapat bermanfaat, dan ini adalah tips buat ikhwan-ikhwan yang benar-benar hendak membina rumah tangga, jadi jangan disalahgunakan…Layan…
Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan diantaranya:

DAHI

Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu senggama licinnya hilang, justru yang timbul kedutan (garis2) yang kadang nampak kadang tidak ketika bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang dimamah usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan marah, sementara kedutan kerana dimakan usia sentiasa nampak dan kekal.Tetapi kedutan kerana hilangnya kesucian tidak mudah dihilangkan. Untuk memudahkan melihat gadis yang masih suci atau tidak. Cuba perhatikan dahi perempuan yang sudah bersuami dengan yang belum. Perhatikan betul2, nampak kelainannya. Gadis yang sudah tidak suci terdapat beberapa kedutan garis2 timbul dan melekuk didahi gadis itu. Perhatikan betul2 sebab garis2 itu tidak begitu nampak (terang). Wallahu a’lam. 


HIDUNG

Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuhh ujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, kadang2 warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat, tak percaya cuba tengok hujung hidung anak perempuan, merahkan..? Bagi lelaki yang suka merosak kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh karena itu disebut lelaki hidung belang. Wallohu a’lam

MATA

dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati…..
Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantikkah, berserikah, maniskah, dsb. kadang2 kita hanya memandang wanita cantik luarannya saja, tapi bahagian dalamnya sudah musnah, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak cuba tengok matanya. Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam bermaksud gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam yang menunjukkan tidak suci nampak semacam garis2 hitam di bawah kelopak mata disamping warna hitam dibawah kelopak mata sedikit kelihatan berkedut. Gadis yang masih suci matanya berseri2, tidak ada warna hitam, lebam maupun garis2. Apabila gadis itu tertawa di bawah kelopak matanya tidak terdapat apapun, seperti kedut (berkeriput) , bergaris dll. Wallohu a’lam.(yg dimaksud lebamnya mata bukan kerana kurang tidur :-D


PUNGGUNG 

Punggung gadis berubah melalui 2 proses:
1. Punggung gadis menjadi besar kerana proses hormon.
2. Punggung gadis menjadi besar kerana lelaki.
Punggung yang sudah kena sentuhan lelaki akan menjadi besar, lebih2 yang sudah melakukan hubungan kelamin. Punggung gadis yang masih suci walaupun gemuk ia masih kelihatan cantik, sebab masih kental dan tegang serta tidak lesu dan jatuh. Cuba perhatikan pinggang gadis, kalau pinggangnya masih ramping dan punggung tidak besar, tidak montok dan kenyal pada punggungnya. Kalau berjalan punggungnya tidak goyah sebab dagingnya masih solid dan tidak lembut kalau dipegang (jangan pegang sesuka hati, nanti ada yg makan penampar =D), maksudnya dia masih suci. Bagi yang pernah melakukan hubungan seks, punggungnya memang berisi dan besar tetapi tidak kental, punggungnya nampak jatuh, lebih2 ketika berjalan, goyangannya tidak melantun. (jangan imagine lebih2 plak :p)
Kenapa punggung gadis yang pernah melakukan hubungan badan nampak sedikit jatuh? Disaat melakukan hubungan seks, lebih kurang 90% hormon yang ada di bahagian punggung akan tertumpu kebahagian kemaluan, sebab di masa klimaks, punggung gadis menjadi tegang.
Apabila sudah habis melakukan hubungan punggung yang tegang akan mengendur semula dan ini menyebabkan punggung menjadi kendur dan jatuh. Lebih kerap gadis itu melakukan hubungan seks, punggung akan semakin jatuh dan lesu, leper. Wallahu a’lam.
TELINGA
Telinga termasuk salah satu panca indra yang boleh digunakan untuk mengetahui samaada gadis itu masih suci atau tidak. Di negera china telinga sebagai peramal untuk mengetahui penyakit didalam tubuh seseorang. Gadis yang tidak pernah disentuh oleh lelaki, telinganya cantik dan nampak bersih, kalau gadis itu pernah disetubuhi atau telinganya pernah digigit atau dicium dan disentuh, secara automatik bentuk telinga gadis itu akan berubah menjadi lebih leper sedikit dan tidak lagi kemerah-merahan dan menjadi pucat. Bagi gadis yang masih suci tapi pernah kena sentuh lelaki, pucatnya tidaklah ketara sangat. Wallahu a’lam.

GARIS TELAPAK TANGAN

Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak (urat2 yg mrupai retak), bukan disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia, bermaksud gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua telapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnannya pucat tidak merah, jika selepas ditekan, ia akan tegang serta merta. Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus2 bahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus2 bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat telapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya dalam masa satu minit, ketika menggenggam terasa panas sedikit dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sekali walaupun ada rasa hangat bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah terbang.
Cuba pegang jari kelingkingnya, kira2 satu minit, lalu lepaskan, tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang dan dilepaskan? Kalau ia menjawab tak ada rasa, mintalah maaf banyak2, kemungkinan ia tidak suci lagi. Tapi kalau ia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar2 atau ada rasa sakit seperti berdenyut2. Alhamdulillah nampaknya masih suci. (Yg menguji mesti lelaki)
JARI TELAPAK TANGAN

Dengan jari2lah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan, begitu pula halnya jari2 perempuan, jari2 adalah kawasan yang paling asas untuk mengetahui gadis masih suci atau tidak. Caranya cukup mudah, terlebih dahulu berjabat tangan, selama berjabat tangan remas2lah tangannya, kalau laki2 bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternodai. Apabila tangan dan jari2 gadis itu boleh di ramas2 bererti peluang untuk memegang tempat2 yang lain terbuka lebar. Cuba jari2 gadis itu di belai2 dan di remas2 dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu?
Sentuhan lelaki dijarinya memang membawa satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke bahagian2 yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tidak percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil berpegangan tangan. Bila anda ingin mengetahui gadis itu terbiasa di sentuh atau tidak, cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, selama bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah? kalau dia terkejut bererti besar kemungkinan dia masih suci, kalaupun dia pernah berasmara, mungkin belum sampai tersondol. Jika disaat jari kelingkingnya disentuh dia nampak rilex saja, dan tak mau bicara, besar kemungkinan kesuciannya sudah lenyap. Wallohu a’lam.
LEHER

Leher juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, artinya perempuan itu pernah disentuh laki-laki. Garis kedutnya bukan seperti garis kedutan kerana tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan putus-putus, bukan garis yang panjang. Kalau ingin melihat dengan jelas tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya. Lihatlah dengan cepat dan cermat.!. bila gadis itu selalu dipegang lelaki, maka lehernya terdapat tanda-tanda hitam kecil dilubang romanya dan warna lembab kecil seperti bintik-bintik. Adakalanya lubang bulu roma nampak jelas dileher, ini juga berarti gadis itu sering disentuh. Kalau gadis itu berleher panjang (jenjang), coba perhatikan dibahagian lehernya, jika terdapat garis-garis urat yang bersilang artinya gadis itu masih suci. Jika terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini bererti perempuan itu sudah pernah melahirkan anak. Wallahu’alam.

PIPI

Wanita yang tidak suci lagi wajahnya tidak berseri-seri, pipi gadis yang masih suci senantiasa mengghairahkan dan merah segar. Kalau pipi gadis yang pernah dicium warna kemerah-merahan akan hilang. Kalau pipi itu merah kerana dicium ayah atau saudara sekandung maka tidak membahayakan terhadap kesucian gadis tersebut. Cuba perhatikan betul-betul pipi gadis yang tidak perawan lagi terdapat garis melintang yang tidak begitu jelas/tampak. Walau bagaimanapun pipi gadis yang pernah kena cium masih tetap cantik, akan tetapi kalau sudah biasa dicium/disentuh lelaki, lesung pipinya kurang dalam dan terdapat satu garis disebelah lekuk lesung pipinya. Gadis yang masih suci, bila berbicara disekitar pipi kanannya maupun kiri cepat berpeluh, dan peluh ini akan keluar walaupun ditempat yang sejuk. Peluh yang dimaksud mungkin tidak nampak kecuali dilap dengan tissue. Cuba perhatikan bahagian tepi telinga seorang gadis. Dibahagian itu terdapat anak rambut yang halus dan lembut. Apa bila gadis itu tidak suci lagi, anak rambut itu tidak akan gugur, tetapi masih tetap ada, namun menjadi keras bahkan kasar. Apabila ditiup angin anak rambut itu nampak begitu kasarnya dan disisi pipi kelihatan agak gelap walaupun gadis itu berkulit hitam manis. Wallahu’alam..
“Berpesan baiklah kamu terhadap wanita, sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan yang paling bengkok bahagian atasnya. Oleh kerana itu, apabila kamu paksa untuk meluruskannya maka akan patahlah ia, dan apabila kamu membiarkan, maka akan bengkoklah ia selamanya”. (HR. Bukhari Muslim).

wallahualam.........

Doa kesejahteraan diri amalan Rasulullah


Bersama: DR. AMRAN KASIMIN

Soalan:
BAPA saudara saya tinggal serumah sekarang ini berumur lebih kurang 73 tahun. Perubahan kelakuannya berlaku sedikit demi sedikit. Mudah marah dan tersinggung hati lalu merajuk. Dipujuk dahulu baru hendak makan. Selalu menyuruh cucunya mencarikan songkok sebelum ke masjid, padahal songkok ada di kepala dan menyuruh emak saudara saya mencarikan paip dan tembakaunya padahal paip ada di tangannya dan tembakaunya masih panas.

Dia sering memarahi isterinya, dituduh mencuri duit pencennya padahal dia lupa di mana duit itu disorokkan. Selalunya apabila dikunjungi oleh kawan-kawannya, atau menantunya, dia akan bercerita berulang kali peristiwa-peristiwa lama dari satu bab ke satu bab, terutamanya ketika dia menjadi askar melakukan operasi di hutan. Begitu juga kalau dia marahkan seseorang. Dia akan mengulangi berulang kali, naik malu kita yang mendengarnya

Bagi orang yang tidak pernah mendengar ceritanya, apa yang diluahkan mungkin menarik, tetapi bagi saya, ia tidak ubah seperti tayangan gambar buruk kelabu, yang ditayangkan, jalan sendiri tanpa dikawal. Adakah bapa saudara saya ini diperkira sebagai nyanyuk? Adakah nyanyuk itu akan berlaku pada setiap orang apabila tua nanti? Bagaimana cara yang berkesan untuk mengelakkan nyanyuk. Adakah nyanyuk itu diperkira sebagai balasan Allah ke atas hamba-Nya yang melakukan dosa ketika masih hidup di dunia ini yang dinamakan kifarah. Adakah orang yang nyanyuk itu terkecuali daripada melakukan ibadah sembahyang? Masalah lain tidak ada. - Suhaili, Kuala Lumpur

Jawapan:

Nyanyuk selalu dikaitkan dengan mereka yang telah lanjut umur, biarpun tidak dinafikan hal seperti itu boleh berlaku di kalangan mereka yang berusia muda.

Nyanyuk ataupun yang diistilahkan sebagai ``demintia'' adalah merupakan satu keadaan yang dikaitkan dengan gangguan ingatan, perubahan tingkah laku atau tabiat dan intelek. Ia adalah merupakan satu penyakit, yang boleh berlaku daripada punca yang banyak, di antaranya ialah akibat kecederaan pada bahagian kepala, mungkin akibat kemalangan, yang tidak semestinya baru berlaku tetapi juga pada masa-masa yang lampau atau ketika muda dahulu. Perubahan tabiat, hal-hal yang berkaitan dengan ingatan dan intelek tidak berlaku serta-merta kerana sesuatu sebab, tetapi kesan daripada kemalangan itu mungkin timbul ketika usia lanjut akibat jangkitan pada otak, barah atau akibat pendarahan otak. Ia juga boleh terjadi akibat kecederaan atau penyakit saluran darah. Sebab-sebab lain yang dikaitkan dengan nyanyuk ialah akibat keracunan termasuklah tabiat minum minuman keras atau kerosakan pada urat saraf otak. Berdasarkan keterangan di atas datuk saudara boleh diperkira sebagai nyanyuk.

Punca-punca atau faktor-faktor berlakunya nyanyuk seperti yang dijelaskan di atas sebenarnya boleh dielakkan kerana itu nyanyuk tidak semestinya terjadi kepada orang yang telah lanjut umur. Dalam kehidupan harian, kita dapati terlalu banyak orang yang berusia lanjut, termasuk mereka yang telah berpuluh tahun pencen setelah berkhidmat dengan kerajaan ataupun sektor swasta dapat menikmati hidup sihat sejahtera, bebas daripada nyanyuk asalkan mereka menjaga kesihatan. Untuk mengelakkan berlakunya nyanyuk ketika lanjut usia, seseorang itu perlu menjaga dan mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala-gejala yang boleh menyebabkan nyanyuk. Setiap penyakit itu ada puncanya kerana itu, untuk mengelakkan sesuatu penyakit, seseorang itu perlu mengelakkan faktor-faktor berlakunya penyakit berkenaan.

Walaupun demikian, biarpun seseorang itu berusaha sedaya upaya, namun qadak dan qadar itu adalah dalam ketentuan Allah. Kemalangan boleh berlaku biarpun seseorang itu dalam keadaan berjaga-jaga. Dalam menangani hal-hal di luar keupayaan seperti ini seseorang itu perlu berusaha berdoa kemudian baru bertawakal menyerah diri kepada Allah semoga dijauhkan oleh Allah daripada bencana yang boleh menyebabkan berlakunya nyanyuk. Seperti yang dijelaskan punca nyanyuk itu banyak. Kerana itu sakit ini memerlukan rawatan yang berbeza bergantung kepada punca nyanyuk yang sebenar. Nyanyuk yang berpunca akibat tisu-tisu dalam otak yang rosak dan tidak berfungsi (degenerative) adalah lebih sukar untuk sembuh. Saiz otak yang mengecil juga boleh menyebabkan nyanyuk. Kerana itu penjagaan awal daripada berlakunya kecederaan atau kerosakan pada tisu-tisu dan urat saraf yang menyebabkan berlakunya gangguan ini perlu dihindarkan. Al-Abbas bin Abdul Mutalib pernah meminta Rasulullah agar mengajarnya doa yang perlu dibaca. Baginda menjawab; Wahai Abdul Abbas, pohonlah keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya kesejahteraan itu adalah raja yang tersembunyi. Kesihatan adalah satu nikmat, yang sering terabai padahal ia adalah mahkota yang terpacak megah di kepala orang yang sihat, yang tidak dimengerti kecuali oleh mereka yang sakit. Di bawah ini adalah di antara doa-doa yang dibaca oleh Rasulullah untuk kesejahteraan diri, termasuklah sakit nyanyuk. Doa tersebut dituliskan dalam maknanya sahaja:

Balasan

- Ya Allah, kurniakanlah pada diriku ketakwaannya. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada ilmu yang tidak memberi guna, daripada hati yang tidak khusyuk dan diri yang tidak rasa puas, juga daripada permohonan yang tidak dimakbulkan.

- Ya Allah, berlaku lembutlah terhadap diriku dalam memudahkan segala yang sukar, kerana memudahkan segala yang sukar adalah hal yang mudah bagi-Mu dan aku memohon kepada-Mu kemudahan dan kemaafan baik di dunia mahupun di akhirat.

- Ya Allah berilah kesejahteraan pada diriku, pada pendengaranku dan mataku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganmu daripada kekufuran dan kefakiran. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau.

- Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganmu daripada lemah dan malas, pengecut dan kikir, tua dan keras hati, lalai dan leka, hina dan miskin. Aku berlindung denganmu daripada fakir, kufur, fasik, nifak, sumah dan riak. Dan aku berlindung denganmu daripada bisu dan pekak, gila dan sakit kusta, daripada sopak dan kejahatan ketika lanjut tua.



Tidak dinafikan bahawa sakit yang menimpa seseorang itu merupakan kifarah atau balasan Allah s.w.t. terhadap kesalahan atau dosa yang dilakukan oleh seseorang hambanya ketika masih hidup di dunia. Sesungguhnya apabila mahukan kebaikan itu berlaku ke atas seorang hamba-Nya, ia akan menyegerakan  balasan dosa yang dilakukan itu dengan segera iaitu ketika orang yang berkenaan itu masih hidup di dunia. maha Suci Allah daripada mengazab seseorang hamba itu kali kedua iaitu di akhirat kelak. Merujuk kepada datuk saudara, yang saudara tanyakan sama ada nyanyuk yang dialami itu boleh diperkira sebagai kifarah Allah, hal tersebut adalah di luar keupayaan manusia untuk membicarakannya. Allah maha mengetahui rahsia-rahsia di sebalik qadak dan qadar ketentuannya. Sayidatina Aishah berkata, Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda yang bermaksud; Tidak menimpa ke atas seorang Mukmin satu kecelakaan yang merupakan duri atau yang lebih daripada itu, melainkan Allah menggugurkan dengannya... itu. Menyentuh tentang taklif (tanggungjawab) sembahyang pula, saudara perlu merujuk syarat-syarat yang mewajibkan seseorang itu mendirikan sembahyang, iaitu Islam, baligh, berakal, suci daripada haid dan nifas, sejahtera mata dan telinga, tidak juga sampai seruan Islam kepadanya.

Orang yang buta dan pekak sejak lahir atau sebelum mumaiyiz tidak wajib sembahyang biarpun ia berupaya bercakap. Berdasarkan syarat-syarat ini, sekiranya datuk saudara itu masih berakal, maka taklif sembahyang tetap ada, biarpun dia masih telah lanjut umur dan sakit. Selain daripada berusaha, berdoa dan tawakal, seseorang itu perlu memahami tentang qadak dan qadar Allah, rahsia-rahsianya juga hakikat pahala qadak dan qadar. Baginda menjelaskan bahawa di antara tanda-tanda kebahagiaan seseorang ialah reda terhadap qadak dan qadar Allah, berupaya mengingati Allah biarpun dalam keadaan mewah, juga sabar terhadap bala yang menimpa.
Mingguan Malaysia 5 feb 2006