Rabu, 21 September 2011

Perkara kecil yang menyekat rezeki



Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.
Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1.      tidak sembahyang atau solat.
2.     tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3.     makan atas pinggan yang terbalik.
4.     memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5.     menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6.     berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
7.     suka bersandar pada pintu rumah.
8.    suka duduk di atas tangga.
9.     membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10.membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11.  tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18.berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20.           makan sebelum mandi hadas.
21.      tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22.            pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23.            lambat pulang dari masjid.
24.            doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25.            kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26.            suka memadam pelita dengan nafas.
27.     membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28.           membasuh kaki dengan tangan kanan.
29.            membuang air kecil pada air yang mengalir.
30.           memakai seluar sambil berdiri.
31.       memakai serban sambil duduk.
32.            mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33.            makan dengan menggunakan dua jari.
34.            berjalan di antara kambing.
35.            berjalan di antara dua perempuan.
36.            suka mempermainkan janggut.
37.      suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.           meletakkan tapak tangan pada hidung.
39.            suka menggigit kuku dengan mulut.
40.           mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41.       mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
      menguap ketika solat.
42.            meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Khamis, 15 September 2011

ANATARA MENGELUH DENGAN SABAR


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullh saw bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullh saw bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

KETENANGAN JIWA




Ketenangan hati sangat penting bagi setiap insan. Malah, ada yang mengaku tiada guna mempunyai wang banyak jika hati tidak tenang, malah ada orang sanggup mencari ketenangan walaupun sukar untuk memperolehnya.

Mereka mungkin berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju perkara ini penting bagi setiap insan.

Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan rohani dan kemantapan minda.

Seseorang yang pemikirannya meyakini bahawa dirinya berasal daripada suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentu tidak sama dengan seorang yang yakin bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik.

Tuhan tetap berperanan dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi dan langit. Dan, Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul di muka bumi, antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit, semuanya milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa.

Seseorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku, sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaan-Nya.

Manusia yang menyedari bahawa sentiasa ada kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta yang sentiasa berkata: Wahai hamba-Ku. Mintalah kepada-Ku. Akan Ku penuhi segala permintaan kamu! Tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanya antara aku dan kemampuanku!

Seorang anak kecil akan selamat dan tenang apabila di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapa ketika membeli-belah di pasar raya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya cedera? Tentu tidak, tetapi `ketenteraman' dan `ketenangan hatinya' yang tercedera.

Kita juga pernah melihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah kerana jatuh, berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata: `Dah, jangan menangis sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!'

Adakah dengan berkata demikian, sakit lukanya hilang? Tidak! Sakit luka pada lututnya masih terasa tetapi tangisannya terhenti kerana rasa sakit pada jiwa dan emosinya diubati dan hilang diganti dengan rasa tenteram.

Ini menunjukkan ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah satu kuasa ajaib yang diperlukan dalam hidup.

Dan, adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui yang di sana ada satu ?kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.

Seorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi tidak dapat menggunakan kepintaran dan ketinggian IQ dengan betul jika jiwanya bercelaru dan tidak mantap.

Mereka yang memiliki ketenangan jiwa dapat menghadapi hidup dan masalah hidup dengan penuh ketenangan dan ketertiban.

Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah, Tuhan yang menciptakan manusia malah seluruh alam ini menyatakan sebagai satu prinsip: Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang? (Surah Ar-Ra'd: Ayat 28).

Berzikir mempunyai maksud luas, iaitu menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiran-Nya dan berasa keagungan-Nya setiap masa dan keadaan.

Seseorang yang melihat Tuhan dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya berada hampir dengan dirinya, pasti akan berasa tenteram dan aman.

Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan nur kerohanian yang jernih, pasti tenang hidupnya dan dapat kekentalan serta keharmonian emosi.

Tuhan berfirman: Dialah yang menurunkan `sakinah' ke hati orang-orang yang beriman! (Surah Al Fath: Ayat 4). Erti sakinah ialah ketenangan yang kekal.

Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, ada alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa dan wuduk.

Semoga hati kita tidak buta daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam.