Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sebenarnya bebas atas ihsan British dan bukannya menerusi rundingan seperti yang terkandung dalam sejarah |
Dua
dokumen yang tertera di bawah adalah salinan asal yang membuktikan
bahawa Tanah Melayu sememangnya pernah dijajah British hingga mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Akta
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang dikeluarkan genap
sebulan sebelum negara kita mencapai kemerdekaan ini menyatakan bahawa
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah tertakluk kepada akta ini
yang dipersetujui bersama antara Baginda Ratu Elizabeth I dengan barisan
pemerintah tempatan yang selepas itu dinamakan Perikatan.
Akta
ini menyatakan bahawa Ratu Elizabeth I berkenan melepaskan
tanggungjawab pemerintahan Tanah Melayu dan Singapura kepada pemimpin
tempatan dengan syarat kemerdekaan yang diberikan adalah tertakluk kepada budi bicara Ratu dalam satu pertubuhan yang dinamakan Persekutuan Komanwel.
Negara Komanwel ini adalah satu organisasi khas yang ditubuhkan Kerajaan British ke atas bekas-bekas tanah jajahan yang pernah diperintahnya.
Dokumen ini juga menjelaskan bahawa hanya Ratu Elizabeth I sahaja yang berhak memutuskan bilakah
Tanah Melayu dan juga negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka)
boleh membentuk sebuah Persekutuan Tanah Melayu secara mutlak.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan