Jumaat, 14 Oktober 2011

Al-Quran dalam telefon bimbit hukumnya harus



SAYA ada kemusykilan mengenai aplikasi al-Quran di dalam telefon bimbit. Saya baru menggunakan telefon bimbit Samsung Galaxy dan ada memuat turun aplikasi al-Quran dari perisian Andriod Market.
Aplikasi al-Quran itu percuma. Adakah menjadi kesalahan jika saya meletak telefon saya di dalam poket seluar dan sering membawa telefon berkenaan ke dalam tandas? 

PENJELASAN

HUKUMNYA adalah harus untuk mempunyai telefon bimbit yang mempunyai aplikasi al-Quran.

Bagi menjaga kesucian al-Quran, aplikasi al-Quran tidak dibuka ketika berada di tempat kotor seperti tandas.

Membawa telefon berkenaan bersama-sama ke dalam tandas dibenarkan apabila ia tidak dibuka atau diakses ketika itu. Ini kerana aplikasi al-Quran dikira tidak wujud ketika masa itu.

Kita boleh ibaratkan ia seperti seorang hafiz memasuki tandas, tidak menjadi kesalahan asalkan dia tidak membaca al-Quran dalam tandas kerana perbuatan itu boleh menjejaskan kesucian al-Quran
.

Taubat kekasih terlanjur


SAYA pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 20 tahun.
Saya sudah beberapa kali terlanjur bersama teman wanita saya dan kini kami berdua sudah berpisah.
Saya ingin bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi.

Perlukah saya berbaik semula dengan teman wanita yang saya tiduri dan mengajaknya bertaubat kepada Allah s.w.t ataupun saya terus melupakannya dan berdoa supaya Allah mengurniakan saya dengan wanita lain sebagai jodoh?

Saya ingin bertanggungjawab di atas keterlanjuran kami dengan memujuknya kembali bersama saya, tetapi dia sudah mempunyai lelaki lain.

Saya mahu bertaubat sebelum ajal menjemput.

 PENJELASAN


HASRAT untuk bertaubat dan tidak lagi mengulangi dosa zina itulah yang sepatutnya. Ini kerana kita perlu ingat bahawa dosa zina termasuk dalam dosa besar yang kedua selepas dosa syirik.

Rasulullah s.a.w mengingat-kan setiap individu bahawa: “Tiada dosa yang lebih besar selepas daripada syirik selain dari seorang lelaki yang meletakkan maninya dalam kandungan perempuan yang tidak halal baginya (bukan isteri).” (Tafsir Ibn Kathir III: 38)

Pilihan untuk bertaubat dan berkahwin itulah yang sebaiknya. Manakala berkahwin dengan teman wanita itu juga sebahagian daripada menebus dosa zina sekiranya dia bersetuju.

Sekiranya tiada persetujuan, maka pilihlah wanita yang beragama untuk dikahwini sekiranya ada jodoh. Selain itu buatlah segala amal soleh bagi menebus kesalahan lalu seperti memperbanyakkan amalan sunat.

Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, anda terselamat daripada hukuman dan seksaan Allah sama ada di dunia atau akhirat. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Allah menerima taubat hamba-Nya sepanjang masa

Jumaat, 7 Oktober 2011

MASIH ADAKAH HARAPAN ITU!!!!!!

Mari kita berhenti sejenak, untuk merenungkan kembali masa lalu kita, apakah ia dihiasi dengan dosa atau kebajikan? Sudah cukupkah bekal kita untuk menghadap-Nya? Dosa-dosa ibarat noda-noda. Ia akan menggelapkan hati kita hingga hati kita semakin sulit memperoleh hidayah-Nya. Dosa-dosa itu, kecil atau besar, akan mempengaruhi hati dan jiwa kita. Dan pengaruhnya, kata Imam Ibnul Qayyim, seperti racun dalam tubuh. Diri kita pada akhirnya semakin berkeinginan kuat berbuat maksiat. Oleh karena itu, janganlahkita pernah meremehkan dosa sekecil apa pun atau kita akan terus menerus melakukan dosa itu!
"Aku adalah seorang yang banyak berbuat maksiat, tapi aku ingin bertaubat kepada-Nya, apakah Tuhan masih mahu menerima dan mengampuniku?"
Sebanyak apa pun dosa-dosa yang telah kita lakukan, janganlah kita berputus asa mengharap rahmat dan ampunan-Nya. Apabila hati kita sudah mengeras membatu, yang membuat hati kita sukar khusyu' ketika mengingat-Nya, janganlah kita berhenti berharap kepada-Nya.
Janganlah kita merasa bosan untuk berdiri di depan pintu-Nya, meskipun kkita diusir. Dan janganlah kita berhenti untuk memohon maaf, meskipun permohonan kita itu ditolak. Jika pintu tersebut dibuka untuk orang-orang yang diterima amalnya maka bertingkahlah seperti anak kecil. Hulurkan tangan kita ke arah pintunya itu, dan katakanlah, 'Saya adalah orang miskin, berilah sedekah kepada saya'. Teruslah berusaha, sampai kita merasakan cahaya masuk ke dalam hati kita. Semakin lama cahaya itu semakin besar sehingga membuat dosa-dosa itu tersingkir keluar dari hati kita.
Harapan sentiasa ada untuk kita selama kita terus berusaha dan tidak berputus asa. Dengan harapan itu, kita akan mengetahui betapa besarnya kasih sayang Allah. Syaikh Said Hawwa dalam bukunya, Jalan Ruhani, mengatakan agar kita terus berzikir sekalipun pada saat awal zikir kita belum merasakan ketenteraman hati. Hingga pada akhirnya nanti, Allah akan memberikan ketenteraman dalam hati kita. Begitupun dengan anjuran Syaikh Muhammad al-Kandahlawy dalam bukunya, Fadhail Amal, berusahalah untuk menangis ketika membaca ayat-ayat al-Quran. Kalau tidak boleh, berpura-puralah menangis. Tangisan itu akan memberikan kitaa kesegaran dan kesegaran akan memberikan kita ketenangan.

11 GOLOGAN AHLI NERAKA









Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-


"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."


Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:


"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-


1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.


2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.


3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.


4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.


5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.


6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.


7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.


8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.


9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.


10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.


11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.




Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:


12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."


* Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat mengingati.. (^_^)